Popular Posts

Tuesday 16 August 2016

Jual-Beli Emas/Perak Patuh Syariah

Urusan jual beli emas dan perak antara urusan yang paling mudah untuk bersangkut dengan riba'. Sebagai umat Islam, kita perlu menjauhi daripada unsur ini bagi memastikan harta yang diperolehi bersih.

Saya bukanlah pakar dalam urusan jual beli Islam tapi saya cuba untuk berkongsi mengenai jual beli emas-perak yang patuh syariah supaya kita sama-sama dapat menjauhi amalan riba’. Syarat-syarat jual belinya seperti dibawah:

1. Emas-Perak Perlu Ada:
Secara fizikalnya barang dagangan (emas-perak) perlu ada dalam jual beli. Jika emas yang ada cuma 10g, bermakna peniaga boleh menjual hanya 10g. Tidak boleh menjual 11g dengan 1g diberi di hari yang lain.

2. Pembayaran Secara Tunai:
Pembayaran atas emas/perak perlu dilakukan secara tunai dan segera. Kita boleh "lock" harga tetapi pembayaran perlu dilakukan dengan segera sebelum berlaku perubahan pada harga jualan.

3. Pemindahan Barangan Dagangan Secara Fizikal:
Selepas pembelian dilakukan, barang dagangan (emas/perak) perlu bertukar tangan/pemilikan dari penjual ke pembeli secara fizikal.

4. Akad Jual Beli
Perlu ada akad jual beli dalam Islam. Akad ini perlu dilafazkan sejurus setelah melakukan jualan/belian.

5. Suka sama Suka
Dalam Islam tiada istilah "Customer Always Right". Di dalam Islam, penjual dan pembeli perlu sama-sama berpuas hati. Ini bermakna "Win-Win Situation" perlu dipraktikkan.

Jika anda ada pertanyaan ataupun memerlukan nasihat mengenai pelaburan, anda boleh call/whatsapps:
☎019-3642579
☎019-3642579

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

Wednesday 10 August 2016

Pos Malaysia dan Public Gold

Antara perkara penting untuk memulakan pelaburan adalah pemilihan syarikat berpotensi. Latar belakang syarikat yang kukuh adalah penting untuk memastikan pelaburan kita menjana untung seperti diharapkan dan kita tidak ditipu oleh mana-mana pihak.

Untuk kes yang terbaru, ada syarikat yang mengadakan program pelaburan dinardirham yang menyatakan emas sebagai simpanan atau komoditi dan “bitcoin” sebagai matawang. Program ini diketuai oleh pihak yang dikenali sebagai Hj. Wafa atau nama sebenarnya En. Razaimie. Adakah skim ini betul? Ia sebenarnya terpulang pada penilaian anda. Tetapi bagi saya, ini adalah “Scam” atau penipuan terbaru. Kenapa? Kerana, walau apa pun alasannya, kenapa perlu kita menukar identiti untuk menarik orang melabur? Dan kenapa kita perlu menggalakkan orang ramai untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM100k?

Sebelum melabur, kita perlulah menganalisa kewangan sendiri dan kaji pengurusan hutang. Pelaburan haruslah dilakukan atas duit lebihan setiap bulan selepas penolakan hutang dan komitmen bulanan yang lain. Tidak perlu kita menambah hutang semata-mata untuk melabur.

Untuk emas, saya menggalakkan orang ramai untuk memilih Public Gold sebagai tempat melabur kerana PG merupakan syarikat yang memiliki latar belakang yang kukuh dan memiliki banyak cawangan seluruh Malaysia. Disebabkan ini, Pos Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan PG. Jika Pos Malaysia yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan pun yakin dengan PG, kenapa kita perlu meraguinya?

Jika anda tidak tahu, Pos Malaysia memulakan kerjasama pada awalnya melalui Pos Ar-Rahnu. Pada permulaan, Pos Ar-Rahnu hanya menerima emas Public Gold sama seperti emas yang lain. Lama kelamaan, Pos Ar-Rahnu mula menjual koleksi emas-emas Public Gold 0.5g, 1g dan 5g. Sekarang Pos Malaysia melangkah lagi setapak ke hadapan dengan memperkenalkan emas Public Gold edisi Pos Malaysia.

Ini cukup membuktikan PG adalah antara tempat terbaik jika anda mahu mulakan pelaburan emas. Dengan kelebihan-kelebiham PG yang pernah saya kongsikan dahulu, saya pasti anda semua tidak perlu meragui atau risau akan pelaburan yang telah dilakukan

Jika anda memerlukan bantuan atau nasihat berkenaan dengan pelaburan emas boleh call/whatsapps:
☎019-3642579
☎019-3642579

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

#celikkewangan #celikkewanganinvestment #publicgold #dealershahalam #gold #emas

Sunday 7 August 2016

Tips Menyimpan Emas

Ramai antara kita risau untuk melabur dalam emas kerana takut untuk menyimpannya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana kita menyimpan telefon bimbit atau komputer riba?

Semasa makan di restoran, kita boleh meletakkan telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit di atas meja. Pernahkah kita terfikir dan cuba ramal apakah perasaan kita jika kita melakukan perkara yang sama tapi menggantikan telefon bimbit tadi dengan emas 4 dinar? Pasti tidak sedap hati bukan? Ini menunjukkan walaupun harganya sama tetapi emas lebih bernilai di hati kita. Jadi persoalannya bagaimana mahu menyimpannya?

Saya akan berikan beberapa cadangan seperti dibawah:

1. Rumah

Berdasarkan pada pengalaman, emas boleh disimpan dirumah kita sendiri. Tidak perlu peti besi dan sebagainya. Emas itu perlulah di simpan di satu atau dua tempat sahaja. Kerana jika simpan di banyak tempat, risau kita akan terlupa nanti. Tempat simpanan itu mestilah bukan tempat tumpuan bagi pencuri seperti di dalam “casing” penyaman udara, disebalik pasir akuarium, belakang atau bawah peti sejuk dan lain-lain.

Syarat utama jika kita menyimpan emas di rumah ialah kita perlu memberitahu waris kita samada suami atau isteri. Takut-takut semasa mengemas rumah ade yang membuang bekas yang kita menyimpan emas didalamnya. Jika rumah kita mempunyai kawalan keselamatan yang bagus seperti ada pengawal keselamatan, adalah lebih baik kita menyimpan di rumah sahaja.

2. Pejabat

Pejabat juga adalah antara tempat yang selamat jika ia dilengkapi pengawal keselamatan dan mempunyai CCTV. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu berhabis duit untuk memasang kelengkapan sebegitu dirumah kita. Tempat yang dipilih juga perlu betul. Jangan simpan di tempat-tempat yang mudah diperhati oleh orang lain dan pertimbang kadar kecurian di pejabat anda. Jika tidak pernah ada kes kecurian, mungkin selamat untuk anda simpan di sana.

3. “Safe Deposit Box”

Ini adalah kaedah yang memerlukan anda mengeluarkan modal sedikit tapi ia pastinya membuatkan tidur anda nyenyak. Terdapat banyak “Safe Deposit Box” sekarang ini dan banyak pilihan peti simpanan yang disediakan. Antara kebaikan simpan disini ialah mereka memberi jaminan perlindungan insurans ratusan ribu ringgit, waktu operasi setiap hari dan beroperasi hingga lewat malam. Cuma kita perlu berjaga-jaga dalam penjagaan kunci kerana kunci peti itu tiada pendua dan kunci yang disediakan juga “special”. Ia memerlukan kos yang tinggi sehingga rm600++ untuk membukanya jika terpaksa memecahkan peti terbabit.

Saturday 6 August 2016

Sejarah Mata Wang Dunia

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khalifah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Dollar Amerika adalah wang kertas pertama yang dihasilkan di dunia; 35Dollar = 1oz Emas.

Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan,International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun–duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980).Keadaan ini pasti akan berulang. Krisisekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

Friday 5 August 2016

Pelaburan Emas Dan Unit Trust

Pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang sentiasa menjanjikan untung. Jika ada, itu mungkin bukan pelaburan, tetapi lebih kepada MLM, Scam dan sebagainya.

Ada orang kata Unit Trust bagus, boleh memberikan dividen lebih tinggi daripada ASB. Dan saya pula kata pelaburan emas juga bagus kerana kenaikan nilai emas itu sendiri boleh mencecah 20% setahun. Jadi mana satu yang lebih baik sebenarnya?

Dalam pelaburan tiada istilah pelaburan tidak baik. Semua OK jika kita memilih yang patuh syariah dan kita sendiri mempraktikkan apa yang Islam tuntut. Dalam pelaburan kita tidak boleh terlalu taksub pada 1 medium. Kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan  kita. Tidak semestinya pelaburan emas sentiasa tinggi pulangannya.

Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2015, ada 2 tahun yang harga emas susut tapi kembali naik pada tahun seterusnya. Sama seperti Unit Trust, memang benar ada kaunter-kaunter yang boleh memberikan dividen setinggi 10% hingga 20%. Tapi ia tidak akan sentiasa berada pada tahap itu. Ada juga kaunter yg memberikan pulangan 20% pada tahun ini tapi pada tahun hadapan hanya memberikan pulangan sebanyak 3%. Disebabkan ketidak tentuan inilah kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan kita.

Disini saya akan kongsikan serba sedikit tentang perbezaan antara pelaburan emas dan Unit Trust. Harap dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca blog ini:

1. Liquidity

Liquidity” dalam pelaburan bermaksud tahap kecairan atau perubahan sesuatu pelaburan kepada wang. Ini bermaksud pelaburan yang lebih mudah untuk memperoleh wang, ia lebih “liquid”.

Kalau kita bandingkan antara emas fizikal dan Unit Trust, sudah tentu Unit Trust lebih “liquid” berbanding emas fizikal. Jika kita menyimpan di dalam GAP, “Liquidity” pelaburan emas adalah sama seperti Unit Trust kerana kita boleh sahaja menjualnya “on the spot” untuk memperoleh wang. Tetapi lebih “liquid” tidak bermakna ia lebih bagus. Ia bergantung pada strategi pelaburan anda. Ada pelabur yang kurang menyukai “liquidity” yang tinggi kerana kebocoran wang boleh berlaku.

2. Tempoh Pelaburan

Tempoh pelaburan akan menentukan status samada ia adalah jangka pendek, pertengahan atau jangka panjang. Untuk Unit Trust tempoh pelaburan kebiasaannya dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Ada juga yang mencadangkan 10 tahun. Itu bergantung kepada matlamat pelaburan anda. Selalunya tempoh pelaburan Unit Trust adalah di peringkat pertengahan.

Untuk emas pula ia bergantung kepada status pelaburan. Jika penyimpan emas, ia bersifat jangka panjang kerana stok-stok yang ada tidak akan dijual. Penyimpan emas hanya berminat untuk menambah stok emas mereka setiap bulan. Manakala bagi pelabur emas, ia boleh menjadi jangka pendek atau pertengahan. Kerana bagi pelabur yang penting adalah “spread” atau susut nilai. Jika susut nilai berjaya diatasi dan mula membuat untung, mereka akan mula menjual kembali apabila nilai emas itu telah mencapai matlamat keuntungan mereka. Kebiasaannya dalam tempoh 8 bulan ke setahun, susut nilai dapat diatasi dan keuntungan mula dijana pada tahun kedua dan seterusnya.

3. Perolehan Keuntungan

Keuntungan sesuatu pelaburan boleh diperoleh samada dari kenaikan harga atau dividen. Untuk Unit Trust, keuntungan diperoleh berdasarkan dividen. Jika anda ingin melabur didalam Unit Trust, melaburlah disyarikat yang memberikan dividen purata minimum sebanyak 10%. Antara pelaburan lain yang keuntungan berasaskan dividen adalah  ASB dan Deposit Tetap.

Emas pula menjana keuntungan berdasarkan kenaikan harga disebabkan nilai matawang yang lemah dan inflasi. Purata kenaikan harga bagi emas adalah sekitar 12%. Adakalanya boleh mencecah 20% hingga 30%. Akan tetapi harga emas juga boleh menurun hingga -10% hingga -25%. Ketika harga jatuh ini, pelabur atau penyimpan emas digalakkan menambahkan simpanan kerana jika harga naik semula pasti ia akan memberikan untung berganda.

4. Pengurusan Risiko

Dalam Unit Trust dan saham amanah, Fund Manager akan mewakili kita untuk memilih syarikat berpotensi untuk melabur. Adalah penting untuk kita mengetahui latar belakang Fund Manager. Adakah anda tidak risau jika anda membiarkan Fund Manager yang kurang berkaliber melakukan pelaburan anda? Jangan disebabkan dia rakan anda anda memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Kelak anda juga yang menyesal.

Manakala untuk pelaburan emas, kita berkuasa penuh terhadap pelaburan sendiri. Jual dan beli semua risiko dibahu kita. Adakah ini bagus? Ia bagus jika kita berilmu. Kita perlu tahu bila nak beli, jenis emas apa mahu dibeli, bentuk apa mahu dibeli dan bila perlu menjualnya serta bagaimana mahu menggandakannya.

》》Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan nasihat, call/ whatsapps di nombor 019-3642579.

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

Thursday 28 July 2016

Emas 999 Vs Emas 916

Ramai yang tertanya-tanya emas mana yang lebih menguntungkan dalam pelaburan? Emas 999 atau 916? Disini saya akan kongsikan serba sedikit tentang perbezaan antara emas 999 dengan emas 916. Harapnya ia dapat member manfaat kepada semua pembaca blog ini:


Pengiktirafan LBMA dan Kepentingannya

LBMA (London Bullion Market Association) adalah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia.

Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.


Antara kepentingan diiktiraf oleh LBMA ialah:
1. Emas yang dimiliki adalah emas yang diiktiraf antarabangsa.
2. Emas itu bernilai tinggi seluruh dunia.
3. Bentuknya kemas dan menawan.
4. Mudah untuk menerima pajakan

Jadi adalah penting bagi kita untuk memiliki emas yang diiktiraf LBMA supaya nilainya sentiasa tinggi walau dinegara mana sekalipun serta mudah untuk menerima pajakan sekiranya terjadinya situasi-situasi kecemasan.

Tuesday 26 July 2016

Emas Sebagai Tabung Kecemasan

Tabung kecemasan adalah simpanan sebanyak 3 bulan gaji yang perlu dilakukan sebagai perlindungan diri di saat-saat kecemasan yang tidak dijangka. Tabung kecemasan perlu dipenuhkan dahulu sebelum seseorang itu memulakan aktiviti-aktiviti lain seperti simpanan, pelaburan atau perniagaan.

Adalah tidak praktikal jika seseorang menyimpan wang tabung kecemasan di bank kerana jumlah 3 bulan gaji pada hari ini tidak mungkin sama nilainya dengan 3 bulan gaji pada tahun hadapan; disebabkan inflasi. Jadi disini saya ingin mencadangkan medium yang sesuai untuk kita menyimpan wang kecemasan yang ada. Antaranya ialah:

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Disebabkan inflasi mata wang berlaku saban tahun, salah satu cara untuk kita mengurangkan impaknya adalah dengan menggandakan wang yang ada melalui dividen pelaburan. 

Secara amnya saya yakin yang rata-rata bumiputera ramai yang melabur di dalam ASB. Secara purata sejak diwujudkan, ASB memberi dividen sebanyak 8% kepada pelabur-pelaburnya. Ini boleh dikatakan agak tinggi kerana ASB adalah 1 medium pelaburan yang berisiko rendah.

Tetapi perlu diingat, dividen yang diberikan oleh ASB ini masih belum dizakatkan. Jadi, pelabur-pelabur Islam hendaklah membayar zakat ke atas dividen yang diperoleh setiap tahun.

2. Tabung Haji

Tabung Haji merupakan salah satu alternatif medium simpanan bagi orang Islam. Ianya mirip kepada ASB. Secara puratanya, Tabung Haji memberikan 6% bonus kepada penyimpan-penyimpan yang menyimpan di dalam Tabung Haji dan bonus ini telah pun dizakatkan. Akan tetapi, harus diingat Tabung Haji bukanlah medium pelaburan seperti ASB. Bonus yang diberi hanyalah sagu hati dari Tabung Haji kepada orang yang menyimpan. Jika tidak percaya, anda boleh periksa buku Tabung Haji masing-masing. Yang tertera di buku itu adalah “Buku Simpanan”, bukannya “Buku Pelaburan” seperti ASB. 
3. Emas
Selain dari ASB dan Tabung Haji, emas juga merupakan medium yang sesuai untuk menyimpan wang kecemasan. Ini kerana nilai emas boleh naik dari 10% ke 20% setahun. Pada tahun pertama mungkin tidak berapa untung kerana spread emas yang kita ada mungkin 8% dan jika cukup berat ia perlu dizakatkan. Tetapi, pada tahun berikutnya spread mungkin sudah di cover pada tahun pertama, dan kita hanya perlu fokus pada zakat sahaja. Walaupun jika nilainya hanya naik sekitar 10%, ia masih menguntungkan berbanding simpan di Tabung Haji dan ASB.
Sebagai kesimpulan adalah seperti dibawah:


Sunday 24 July 2016

Kelebihan Membeli Emas Melalui GAP

Di bawah adalah antara kelebihan-kelebihan membeli emas melalui GAP:

1.       Mampu milik dan bermodal kecil



Melalui GAP, ia memudahkan pembeli, lebih-lebih lagi yang berpendapatan kecil, untuk memiliki koleksi emas mereka sendiri dengan harga yang lebih murah. Pembeli boleh membeli dengan nilai serendah RM100 ataupun 1g (mengikut harga semasa).

Sebagai contoh, jika pembelian tidak melalui GAP untuk nilai 1g, anda mungkin perlu membayar sebanyak RM215. Manakala jika melalui GAP, anda cuma perlu membayar sekitar RM185 (Harga semasa 22/7/2016); Penjimatan sebanyak RM20 ataupun 9%.

2.       Tiada upah simpan
Dengan konsep GAP, pembeli boleh menyimpan emas mereka (Selagi mana ia tidak dikeluarkan) seperti mana mereka menyimpan duit mereka di bank tanpa caj upah simpan seperti yang dikenakan oleh “Safe Deposit Box”, Bank atau pun Ar-Rahnu.

3.       Masa untuk ambil stok emas yang “flexible”
Jika pembelian tidak melalui GAP, anda diberi masa selewat-lewatnya 2 bulan untuk mengambil stok anda. Jika lebih, anda akan dikenakan caj simpan.

Manakala pembelian melalui GAP membolehkan pembeli mengambil stok mereka 48jam selepas pembayaran. Selepas tempoh 48jam itu, tiada limit maksimum yang memaksa stok GAP itu perlu dikeluarkan. Disebabkan itu, ada sesetengah pembeli hanya mahu mengeluarkan stok GAP ketika waktu terdesak sahaja kerana ia tiada upah simpan dan menjimatkan.

4.       Tiada dokumen untuk pengeluaran
Pembelian yang tidak melalui GAP memerlukan pembeli mengemukan salinan resit bayaran dan Invoice daripada Public Gold. Jika pembelian dilakukan melalui akaun GAP, anda cuma perlu membuat temujanji untuk mengambil stok emas/ perak anda. Dan pada hari anda ingin mengambil stok, anda tidak perlu membawa apa-apa dokumen kerana semua maklumat sudah ada di dalam sistem GAP.

Tuesday 19 July 2016

Langkah-langkah Membuka Akaun GAP Public Gold

Untuk membuka akaun GAP Public Gold, langkah-langkahnya ada sedikit perbezaan dengan cara mendaftarkan diri sebagai ahli Public Gold yang telah saya kongsikan sebelum ini. Jika anda masih belum mendaftarkan diri sebagai ahli PG, anda buka akaun GAP saja anda akan didaftarkan sebagai ahli PG secara automatik. Untuk membuka akaun GAP langkah-langkahnya seperti berikut:

1. Masuk website Public Gold:    www.publicgold.com.my

2. Lihat harga semasa emas GAP. Samada anda ingin mula membeli dengan harga RM100 atau 1g, itu terpulang kepada bajet anda.

>> Katakan anda ingin membeli emas 1g, harga semasa pada hari ini (19/7/2016) ialah RM185.

3. Buat bayaran secara online transfer atau melalui cash deposit machine ke akaun Public Gold Marketing. Nombor akaunnya seperti tertera di bawah:
Maybank: 5571-3923-8048
Public Bank: 3167-52-0833
4. Selepas membuat bayaran, hantar gambar resit bayaran ke nombor 017-4866916 (Ibu Pejabat GAP Public Gold) melalui aplikasi Whatapps atau SMS dengan mengikuti format bayaran GAP dan maklumat diri seperti dibawah:

a. Pendaftaran baru (tiada PG Code):

PG NEW BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)

Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869

Contoh:



b. Pendaftaran baru (ada PG Code):

PG Code: PG0XXXXX BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)

Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869

Contoh:



5. Jika ingin melabur emas bersama anak-anak, sila tambah mesej dengan menulis: Joint Account Bersama Anak
- Nama Anak:
- Nombor IC anak/Sijil Kelahiran:

Jika pembayaran dilakukan melalui SMS atau emel, resit bayaran dan butiran peribadi (seperti di atas) hendaklah di emel ke gap@publicgold.com.my

Sunday 17 July 2016

Langkah-Langkah Mendaftar Sebagai Ahli Public Gold

Bagi yang masih belum tahu, Public Gold telah pun mempunyai sistem yang memudahkan orang ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PG secara online. Di dalam entri kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah bagaimana mahu mendaftarkan diri sebagai ahli PG tanpa perlu pergi ke cawangan PG. Langkah-langkahnya seperti berikut:

1. Pertama, anda perlu masuk ke website Public Gold di www.publicgold.com.my

2. Kedua, anda perlu click pada Login.

3. Ketiga, anda perlu click pada Register.
4. Seterusnya anda perlu isikan butiran-butiran peribadi dan PG Code Introducer anda. Jika anda mahukan saya menjadi Introducer anda, sila masukkan PG Code saya: PG050869.
5. Setelah semua selesai diisi, click pada Submit.

6. Selepas selesai menghantar butiran peribadi, anda perlu periksa email anda kerana Public Gold akan menghantar email untuk anda melakukan proses Verification.

7. Click Link di email tersebut untuk mengesahkan akaun anda.

Jika anda telah buat ketujuh-tujuh langkah di atas, anda telah pun berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli PG. Dan selepas ini, anda boleh melakukan transaksi belian emas melalui online. Akan tetapi, akaun ini masih belum membolehkan anda membeli emas melalui GAP. Untuk membeli secara GAP, saya akan kongsikan pada entri yang lain.

Saturday 16 July 2016

Kenapa Saya Memilih Emas Public Gold?


Sebenarnya pelaburan emas sama sahaja dimana-mana pun kerana anda bayar dan anda dapat emas (kecuali emas ETA dan unit simpanan emas hanya dapat slip). Emas yang anda dapat sama sahaja dengan emas yang saya ada, kerana emas itu kalis inflasi, tidak seperti duit kertas. Yang membezakannya kemungkinan cuma ukiran.

Ada beberapa krateria yang membuatkan saya memilih emas Public Gold. Antaranya:

1. Harga – Public Gold antara syarikat yang menjual emas dengan harga yang murah. Pada ketika ini, untuk mendapatkan 1g emas Public Gold hanya menjual pada harga RM186. Di tempat lain atau di kedai-kedai emas, anda mungkin perlu membayar RM15 hingga RM20/g lebih dari yang Public Gold tawarkan. Jika anda ingin mendapatkan harga yang lebih murah mungkin kita perlu menjadi ahli ataupun stokis. Kalau ingin menjadi ahli, kita terpaksa bayar yuran pendaftaran kira-kira rm350, stokis pula terpaksa bayar kira-kira RM3000!! Tapi dengan Public Gold, anda beli, secara automatik anda didaftarkan sebagai ahli tanpa yuran keahlian.

2. Cawangan Public Gold – Public Gold mempunyai 18 cawangan di Malaysia dan induk berada di Pulau Pinang. Cawangan yang banyak bagi saya ia menandakan Public Gold adalah satu syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai dalam perdagangan emas.

3. Spread” – PG memberikan spread yang agak rendah, kira-kira 5% hingga 8%. Spread bermakna perbezaan harga jualan oleh PG (jika beli dengan Public Gold) dengan harga yang PG beli balik emas kita jika kita ingin menjual kembali emas itu.Lebih kecil spread lebih cepat untuk kita memperoleh untung. Semua tempat jual emas ada spread masing-masing. Jadi adalah penting untuk kita tahu spread emas yang kita hendak beli. Takut-takut kita lambat untuk memperoleh untung!!

4. Kemudahan pajakan – Kalau kita sebut emas Public Gold, rata-rata semua Ar-Rahnu menerima emas ini jika kita ingin memajaknya kerana ketulenan telah pun terbukti. Ada sesetengah Ar-Rahnu tidak menerima  emas dari jenama lain. Jadi amatlah penting jika kita memeriksa dahulu emas yang kita ingin miliki. Takut-takut emas itu sukar dipajakkan sekiranya kita mahu menggunakan duit pada waktu-waktu genting.

5. Perkhidmatan User Friendly – Website Public Gold mempunyai pelbagai info-info yang penting dan mesra pengguna. Harga semasa emas sentiasa di update setiap 20minit setiap hari. Semua item jualan Public Gold ada di paparkan di website dan pelanggan boleh membuat belian melalui pembelian online juga. Jadi bagi saya ia amatlah memudahkan urusan saya kerana saya tidak perlu keluar pada waktu bekerja untuk membuat pembelian emas.

6. Stok – Stok emas di Public Gold tidak pernah putus walaupun ketika harga emas jatuh. Ada sesetengah jenama lain seperti Kijang Emas akan terputus bekalan ketika harga emas jatuh dan bekalan cuma ada ketika harga emas naik kembali. Amatlah rugi jika anda tidak semak perkara-perkara sebegini sebelum membeli.

7. Belian Balik PG – Seperti yang saya terangkan sebelum ini, spread di Public Gold sekitar 5% ke 8%. Dan jika seal emas itu rosak sekali pun, Public Gold akan beli kembali emas berkenaan dengan spread tidak lebih 10%. Ini bermakna Public Gold masih membeli balik emas itu dengan nilai yang tinggi kerana ada sesetengah kedai emas membeli emas seperti itu dengan kadar spread sehingga 25%. Kerana jika seal telah rosak, emas itu di kira sama seperti emas hiasan.

Monday 11 July 2016

Kelebihan Memiliki Emas


Di sini saya akan kongsikan mengapa saya amat suka menyimpan emas fizikal. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

1. Emas kalis inflasi
Pada awal 90an, jika kita membeli-belah di “Hypermarket” seperti Giant, 1 troli penuh anggaran yang kita perlu bayar adalah sekitar RM80 hingga RM100. Tapi sekarang, selepas kira-kira 26tahun, 1 troli penuh yang sama, kita perlu bayar sekitar RM250 hingga RM300. Peningkatan 300%. Inilah dinamakan inflasi, nilai yang sama tapi pada waktu yang berbeza kita tidak dapat jumlah yang sama. Kuasa duit makin berkurangan.

Manakala pada zaman Rasulullah, nilai kambing yang dijual pada waktu itu bernilai 1 dinar. Tapi pada zaman ini juga nilai seekor kambing sebanyak 1 dinar. Walaupun zaman sudah berubah, nilai emas masih sama. Kuasa membeli masih seperti dahulu.

2. Emas diterima di seluruh dunia
Jika anda melancong, adakah Ringgit kita diterima disana (selain di lapangan terbang)? Kebanyakkan negara tidak menerima Ringgit kita kerana duit kita bukan matawang utama seperti Dollar US ataupun Euro.

Jika kita mempunyai emas, kita masih boleh menggadaikan disana untuk mendapatkan duit. Ini disebabkan seluruh dunia menerima emas sebagai logam paling berharga.

3. Emas sentiasa bernilai
Sekiranya duit kertas RM100 anda dipotong 2, adakah ia bernilai RM50 setiap 1? Pastinya tidak bukan. Jika emas 1 dinar dipotong 2, emas itu masih bernilai setengah dinar. Ini menunjukkan nilai emas itu sentiasa ada kerana nilai emas terletak pada berat dan ketulenan.

4. Pulangan tahunan yang tinggi
Menyimpan emas tidak membuatkan anda menjadi kaya. Jika menyimpan emas boleh menjadi kaya pasti pada zaman ini dengan 1 dinar kita boleh membeli 2 atau 3 ekor kambing!! Tetapi menyimpan emas boleh memberikan pulangan sebanyak 20% setahun. Pulangan yang tinggi bukanlah disebabkan oleh harga emas yang meningkat, ia disebabkan oleh kuasa duit yang makin menurun dan lemah disebabkan inflasi.

5. Emas sebagai insurans harta
Emas boleh disifatkan sebagai salah satu harta selain daripada tanah ataupun rumah. Emas amat sesuai dijadikan harta bermodal kecil kerana anda masih boleh memperolehinya dengan berat minimum 0.5g di Public Gold dan mudah untuk dibahagi. Selain itu, emas juga boleh digunakan pada saat-saat genting sekiranya kita tidak punya wang.

6. Emas mengelak kebocoran wang
Emas mempunyai 1 psikologi yang penting berbanding wang. Untuk sesetengah orang, sekiranya ada wang di wallet, secara semula jadinya meluap-luap nafsu kita untuk berbelanja. Ia tidak terjadi sekiranya kita mempunyai emas kerana emas secara psikologi membuatkan kita terasa ingin menyimpan disebabkan nilainya yang tinggi.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pelaburan emas, anda boleh hubungi saya secara terus mahupun melalui wasap/ telegram di nombor 019-3642579.


Razmi Abdull Razak
Public Gold Authorized Dealer
PG050869