Popular Posts

Tuesday 26 July 2016

Emas Sebagai Tabung Kecemasan

Tabung kecemasan adalah simpanan sebanyak 3 bulan gaji yang perlu dilakukan sebagai perlindungan diri di saat-saat kecemasan yang tidak dijangka. Tabung kecemasan perlu dipenuhkan dahulu sebelum seseorang itu memulakan aktiviti-aktiviti lain seperti simpanan, pelaburan atau perniagaan.

Adalah tidak praktikal jika seseorang menyimpan wang tabung kecemasan di bank kerana jumlah 3 bulan gaji pada hari ini tidak mungkin sama nilainya dengan 3 bulan gaji pada tahun hadapan; disebabkan inflasi. Jadi disini saya ingin mencadangkan medium yang sesuai untuk kita menyimpan wang kecemasan yang ada. Antaranya ialah:

1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Disebabkan inflasi mata wang berlaku saban tahun, salah satu cara untuk kita mengurangkan impaknya adalah dengan menggandakan wang yang ada melalui dividen pelaburan. 

Secara amnya saya yakin yang rata-rata bumiputera ramai yang melabur di dalam ASB. Secara purata sejak diwujudkan, ASB memberi dividen sebanyak 8% kepada pelabur-pelaburnya. Ini boleh dikatakan agak tinggi kerana ASB adalah 1 medium pelaburan yang berisiko rendah.

Tetapi perlu diingat, dividen yang diberikan oleh ASB ini masih belum dizakatkan. Jadi, pelabur-pelabur Islam hendaklah membayar zakat ke atas dividen yang diperoleh setiap tahun.

2. Tabung Haji

Tabung Haji merupakan salah satu alternatif medium simpanan bagi orang Islam. Ianya mirip kepada ASB. Secara puratanya, Tabung Haji memberikan 6% bonus kepada penyimpan-penyimpan yang menyimpan di dalam Tabung Haji dan bonus ini telah pun dizakatkan. Akan tetapi, harus diingat Tabung Haji bukanlah medium pelaburan seperti ASB. Bonus yang diberi hanyalah sagu hati dari Tabung Haji kepada orang yang menyimpan. Jika tidak percaya, anda boleh periksa buku Tabung Haji masing-masing. Yang tertera di buku itu adalah “Buku Simpanan”, bukannya “Buku Pelaburan” seperti ASB. 
3. Emas
Selain dari ASB dan Tabung Haji, emas juga merupakan medium yang sesuai untuk menyimpan wang kecemasan. Ini kerana nilai emas boleh naik dari 10% ke 20% setahun. Pada tahun pertama mungkin tidak berapa untung kerana spread emas yang kita ada mungkin 8% dan jika cukup berat ia perlu dizakatkan. Tetapi, pada tahun berikutnya spread mungkin sudah di cover pada tahun pertama, dan kita hanya perlu fokus pada zakat sahaja. Walaupun jika nilainya hanya naik sekitar 10%, ia masih menguntungkan berbanding simpan di Tabung Haji dan ASB.
Sebagai kesimpulan adalah seperti dibawah:


No comments:

Post a Comment