Ramai yang tertanya-tanya emas mana yang lebih menguntungkan dalam pelaburan? Emas 999 atau 916? Disini saya akan kongsikan serba sedikit tentang perbezaan antara emas 999 dengan emas 916. Harapnya ia dapat member manfaat kepada semua pembaca blog ini:
Berkongsi mengenai bagaimana cara-cara untuk mengurus kewangan dan melakukan pelaburan.
Popular Posts
-
Pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang...
-
Ramai yang tertanya-tanya emas mana yang lebih menguntungkan dalam pelaburan? Emas 999 atau 916? Disini saya akan kongsikan serba sedikit te...
-
Antara perkara penting untuk memulakan pelaburan adalah pemilihan syarikat berpotensi. Latar belakang syarikat yang kukuh adalah penting u...
-
Tabung kecemasan adalah simpanan sebanyak 3 bulan gaji yang perlu dilakukan sebagai perlindungan diri di saat-saat kecemasan yang tidak dij...
-
Sebenarnya pelaburan emas sama sahaja dimana-mana pun kerana anda bayar dan anda dapat emas (kecuali emas ETA dan unit simpanan emas hany...
-
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berk...
-
Urusan jual beli emas dan perak antara urusan yang paling mudah untuk bersangkut dengan riba'. Sebagai umat Islam, kita perlu menjauhi d...
-
Ramai antara kita risau untuk melabur dalam emas kerana takut untuk menyimpannya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana kita menyimpan te...
-
Di bawah adalah antara kelebihan-kelebihan membeli emas melalui GAP: 1 . Mampu milik dan bermodal kecil Melalui GAP, ia memudah...
-
LBMA ( London Bullion Market Association ) adalah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iai...
Thursday, 28 July 2016
Pengiktirafan LBMA dan Kepentingannya
LBMA (London Bullion Market Association) adalah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia.
Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.
Antara kepentingan diiktiraf oleh LBMA ialah:
1. Emas yang dimiliki adalah emas yang diiktiraf antarabangsa.
2. Emas itu bernilai tinggi seluruh dunia.
3. Bentuknya kemas dan menawan.
4. Mudah untuk menerima pajakan
Jadi adalah penting bagi kita untuk memiliki emas yang diiktiraf LBMA supaya nilainya sentiasa tinggi walau dinegara mana sekalipun serta mudah untuk menerima pajakan sekiranya terjadinya situasi-situasi kecemasan.
Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.
Antara kepentingan diiktiraf oleh LBMA ialah:
1. Emas yang dimiliki adalah emas yang diiktiraf antarabangsa.
2. Emas itu bernilai tinggi seluruh dunia.
3. Bentuknya kemas dan menawan.
4. Mudah untuk menerima pajakan
Jadi adalah penting bagi kita untuk memiliki emas yang diiktiraf LBMA supaya nilainya sentiasa tinggi walau dinegara mana sekalipun serta mudah untuk menerima pajakan sekiranya terjadinya situasi-situasi kecemasan.
Tuesday, 26 July 2016
Emas Sebagai Tabung Kecemasan
Tabung kecemasan adalah simpanan sebanyak 3 bulan gaji yang perlu dilakukan sebagai perlindungan diri di saat-saat kecemasan yang tidak dijangka. Tabung kecemasan perlu dipenuhkan dahulu sebelum seseorang itu memulakan aktiviti-aktiviti lain seperti simpanan, pelaburan atau perniagaan.
Adalah tidak praktikal jika seseorang menyimpan wang tabung kecemasan di bank kerana jumlah 3 bulan gaji pada hari ini tidak mungkin sama nilainya dengan 3 bulan gaji pada tahun hadapan; disebabkan inflasi. Jadi disini saya ingin mencadangkan medium yang sesuai untuk kita menyimpan wang kecemasan yang ada. Antaranya ialah:
1. Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Disebabkan inflasi mata wang berlaku saban tahun, salah satu cara untuk kita mengurangkan impaknya adalah dengan menggandakan wang yang ada melalui dividen pelaburan.
Secara amnya saya yakin yang rata-rata bumiputera ramai yang melabur di dalam ASB. Secara purata sejak diwujudkan, ASB memberi dividen sebanyak 8% kepada pelabur-pelaburnya. Ini boleh dikatakan agak tinggi kerana ASB adalah 1 medium pelaburan yang berisiko rendah.
Tetapi perlu diingat, dividen yang diberikan oleh ASB ini masih belum dizakatkan. Jadi, pelabur-pelabur Islam hendaklah membayar zakat ke atas dividen yang diperoleh setiap tahun.
2. Tabung Haji
Tabung Haji merupakan salah satu alternatif medium simpanan bagi orang Islam. Ianya mirip kepada ASB. Secara puratanya, Tabung Haji memberikan 6% bonus kepada penyimpan-penyimpan yang menyimpan di dalam Tabung Haji dan bonus ini telah pun dizakatkan. Akan tetapi, harus diingat Tabung Haji bukanlah medium pelaburan seperti ASB. Bonus yang diberi hanyalah sagu hati dari Tabung Haji kepada orang yang menyimpan. Jika tidak percaya, anda boleh periksa buku Tabung Haji masing-masing. Yang tertera di buku itu adalah “Buku Simpanan”, bukannya “Buku Pelaburan” seperti ASB.
3. Emas
Selain dari ASB dan Tabung Haji, emas juga merupakan medium yang sesuai untuk menyimpan wang kecemasan. Ini kerana nilai emas boleh naik dari 10% ke 20% setahun. Pada tahun pertama mungkin tidak berapa untung kerana spread emas yang kita ada mungkin 8% dan jika cukup berat ia perlu dizakatkan. Tetapi, pada tahun berikutnya spread mungkin sudah di cover pada tahun pertama, dan kita hanya perlu fokus pada zakat sahaja. Walaupun jika nilainya hanya naik sekitar 10%, ia masih menguntungkan berbanding simpan di Tabung Haji dan ASB.
Sunday, 24 July 2016
Kelebihan Membeli Emas Melalui GAP
Di
bawah adalah antara kelebihan-kelebihan membeli emas melalui GAP:
1.
Mampu milik dan bermodal kecil
Melalui GAP, ia memudahkan pembeli, lebih-lebih lagi yang berpendapatan kecil, untuk memiliki koleksi emas mereka sendiri dengan harga yang lebih murah. Pembeli boleh membeli dengan nilai serendah RM100 ataupun 1g (mengikut harga semasa).
Melalui GAP, ia memudahkan pembeli, lebih-lebih lagi yang berpendapatan kecil, untuk memiliki koleksi emas mereka sendiri dengan harga yang lebih murah. Pembeli boleh membeli dengan nilai serendah RM100 ataupun 1g (mengikut harga semasa).
Sebagai contoh, jika pembelian tidak melalui GAP
untuk nilai 1g, anda mungkin perlu membayar sebanyak RM215. Manakala jika
melalui GAP, anda cuma perlu membayar sekitar RM185 (Harga semasa 22/7/2016);
Penjimatan sebanyak RM20 ataupun 9%.
2.
Tiada upah simpan
Dengan konsep GAP, pembeli boleh menyimpan emas
mereka (Selagi mana ia tidak dikeluarkan) seperti mana mereka menyimpan duit
mereka di bank tanpa caj upah simpan seperti yang dikenakan oleh “Safe
Deposit Box”, Bank atau pun Ar-Rahnu.
3.
Masa untuk ambil stok emas yang “flexible”
Jika pembelian tidak melalui GAP, anda diberi masa
selewat-lewatnya 2 bulan untuk mengambil stok anda. Jika lebih, anda akan
dikenakan caj simpan.
Manakala pembelian melalui GAP membolehkan pembeli
mengambil stok mereka 48jam selepas pembayaran. Selepas tempoh 48jam itu, tiada
limit maksimum yang memaksa stok GAP itu perlu dikeluarkan. Disebabkan itu, ada
sesetengah pembeli hanya mahu mengeluarkan stok GAP ketika waktu terdesak
sahaja kerana ia tiada upah simpan dan menjimatkan.
4.
Tiada dokumen untuk pengeluaran
Pembelian yang tidak melalui GAP memerlukan pembeli
mengemukan salinan resit bayaran dan Invoice daripada Public Gold. Jika
pembelian dilakukan melalui akaun GAP, anda cuma perlu membuat temujanji untuk
mengambil stok emas/ perak anda. Dan pada hari anda ingin mengambil stok, anda
tidak perlu membawa apa-apa dokumen kerana semua maklumat sudah ada di dalam
sistem GAP.
Tuesday, 19 July 2016
Langkah-langkah Membuka Akaun GAP Public Gold
Untuk membuka akaun GAP Public Gold, langkah-langkahnya ada sedikit perbezaan dengan cara mendaftarkan diri sebagai ahli Public Gold yang telah saya kongsikan sebelum ini. Jika anda masih belum mendaftarkan diri sebagai ahli PG, anda buka akaun GAP saja anda akan didaftarkan sebagai ahli PG secara automatik. Untuk membuka akaun GAP langkah-langkahnya seperti berikut:
1. Masuk website Public Gold: www.publicgold.com.my
2. Lihat harga semasa emas GAP. Samada anda ingin mula membeli dengan harga RM100 atau 1g, itu terpulang kepada bajet anda.
>> Katakan anda ingin membeli emas 1g, harga semasa pada hari ini (19/7/2016) ialah RM185.
3. Buat bayaran secara online transfer atau melalui cash deposit machine ke akaun Public Gold Marketing. Nombor akaunnya seperti tertera di bawah:
Maybank: 5571-3923-8048
Public Bank: 3167-52-0833
4. Selepas membuat bayaran, hantar gambar resit bayaran ke nombor 017-4866916 (Ibu Pejabat GAP Public Gold) melalui aplikasi Whatapps atau SMS dengan mengikuti format bayaran GAP dan maklumat diri seperti dibawah:
a. Pendaftaran baru (tiada PG Code):
PG NEW BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)
Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869
Contoh:
b. Pendaftaran baru (ada PG Code):
PG Code: PG0XXXXX BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)
Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869
Contoh:
5. Jika ingin melabur emas bersama anak-anak, sila tambah mesej dengan menulis: Joint Account Bersama Anak
- Nama Anak:
- Nombor IC anak/Sijil Kelahiran:
Jika pembayaran dilakukan melalui SMS atau emel, resit bayaran dan butiran peribadi (seperti di atas) hendaklah di emel ke gap@publicgold.com.my
1. Masuk website Public Gold: www.publicgold.com.my
2. Lihat harga semasa emas GAP. Samada anda ingin mula membeli dengan harga RM100 atau 1g, itu terpulang kepada bajet anda.
>> Katakan anda ingin membeli emas 1g, harga semasa pada hari ini (19/7/2016) ialah RM185.
3. Buat bayaran secara online transfer atau melalui cash deposit machine ke akaun Public Gold Marketing. Nombor akaunnya seperti tertera di bawah:
Maybank: 5571-3923-8048
Public Bank: 3167-52-0833
4. Selepas membuat bayaran, hantar gambar resit bayaran ke nombor 017-4866916 (Ibu Pejabat GAP Public Gold) melalui aplikasi Whatapps atau SMS dengan mengikuti format bayaran GAP dan maklumat diri seperti dibawah:
a. Pendaftaran baru (tiada PG Code):
PG NEW BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)
Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869
Contoh:
b. Pendaftaran baru (ada PG Code):
PG Code: PG0XXXXX BUY GAP RM185 (19/7/2016, 5:20PM)
Nama:
IC:
No. Tel:
Item: 1g GAP (RM185)
Introducer: Razmi bin Abdull Razak
PG Code Introducer: PG050869
Contoh:
5. Jika ingin melabur emas bersama anak-anak, sila tambah mesej dengan menulis: Joint Account Bersama Anak
- Nama Anak:
- Nombor IC anak/Sijil Kelahiran:
Jika pembayaran dilakukan melalui SMS atau emel, resit bayaran dan butiran peribadi (seperti di atas) hendaklah di emel ke gap@publicgold.com.my
Sunday, 17 July 2016
Langkah-Langkah Mendaftar Sebagai Ahli Public Gold
Bagi yang masih belum tahu, Public Gold telah pun mempunyai sistem yang memudahkan orang ramai mendaftarkan diri sebagai ahli PG secara online. Di dalam entri kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah bagaimana mahu mendaftarkan diri sebagai ahli PG tanpa perlu pergi ke cawangan PG. Langkah-langkahnya seperti berikut:
1. Pertama, anda perlu masuk ke website Public Gold di www.publicgold.com.my
2. Kedua, anda perlu click pada Login.
3. Ketiga, anda perlu click pada Register.
4. Seterusnya anda perlu isikan butiran-butiran peribadi dan PG Code Introducer anda. Jika anda mahukan saya menjadi Introducer anda, sila masukkan PG Code saya: PG050869.
5. Setelah semua selesai diisi, click pada Submit.
6. Selepas selesai menghantar butiran peribadi, anda perlu periksa email anda kerana Public Gold akan menghantar email untuk anda melakukan proses Verification.
7. Click Link di email tersebut untuk mengesahkan akaun anda.
Jika anda telah buat ketujuh-tujuh langkah di atas, anda telah pun berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli PG. Dan selepas ini, anda boleh melakukan transaksi belian emas melalui online. Akan tetapi, akaun ini masih belum membolehkan anda membeli emas melalui GAP. Untuk membeli secara GAP, saya akan kongsikan pada entri yang lain.
1. Pertama, anda perlu masuk ke website Public Gold di www.publicgold.com.my
2. Kedua, anda perlu click pada Login.
3. Ketiga, anda perlu click pada Register.
4. Seterusnya anda perlu isikan butiran-butiran peribadi dan PG Code Introducer anda. Jika anda mahukan saya menjadi Introducer anda, sila masukkan PG Code saya: PG050869.
5. Setelah semua selesai diisi, click pada Submit.
6. Selepas selesai menghantar butiran peribadi, anda perlu periksa email anda kerana Public Gold akan menghantar email untuk anda melakukan proses Verification.
7. Click Link di email tersebut untuk mengesahkan akaun anda.
Jika anda telah buat ketujuh-tujuh langkah di atas, anda telah pun berjaya mendaftarkan diri sebagai ahli PG. Dan selepas ini, anda boleh melakukan transaksi belian emas melalui online. Akan tetapi, akaun ini masih belum membolehkan anda membeli emas melalui GAP. Untuk membeli secara GAP, saya akan kongsikan pada entri yang lain.
Saturday, 16 July 2016
Kenapa Saya Memilih Emas Public Gold?
Sebenarnya pelaburan emas sama sahaja dimana-mana pun kerana anda bayar dan anda dapat emas (kecuali emas ETA dan unit simpanan emas hanya dapat slip). Emas yang anda dapat sama sahaja dengan emas yang saya ada, kerana emas itu kalis inflasi, tidak seperti duit kertas. Yang membezakannya kemungkinan cuma ukiran.
Ada beberapa krateria yang membuatkan saya memilih emas Public Gold. Antaranya:
1. Harga – Public Gold antara syarikat yang menjual emas dengan harga yang murah. Pada ketika ini, untuk mendapatkan 1g emas Public Gold hanya menjual pada harga RM186. Di tempat lain atau di kedai-kedai emas, anda mungkin perlu membayar RM15 hingga RM20/g lebih dari yang Public Gold tawarkan. Jika anda ingin mendapatkan harga yang lebih murah mungkin kita perlu menjadi ahli ataupun stokis. Kalau ingin menjadi ahli, kita terpaksa bayar yuran pendaftaran kira-kira rm350, stokis pula terpaksa bayar kira-kira RM3000!! Tapi dengan Public Gold, anda beli, secara automatik anda didaftarkan sebagai ahli tanpa yuran keahlian.
2. Cawangan Public Gold – Public Gold mempunyai 18 cawangan di Malaysia dan induk berada di Pulau Pinang. Cawangan yang banyak bagi saya ia menandakan Public Gold adalah satu syarikat yang kukuh dan boleh dipercayai dalam perdagangan emas.
3. “Spread” – PG memberikan spread yang agak rendah, kira-kira 5% hingga 8%. Spread bermakna perbezaan harga jualan oleh PG (jika beli dengan Public Gold) dengan harga yang PG beli balik emas kita jika kita ingin menjual kembali emas itu.Lebih kecil spread lebih cepat untuk kita memperoleh untung. Semua tempat jual emas ada spread masing-masing. Jadi adalah penting untuk kita tahu spread emas yang kita hendak beli. Takut-takut kita lambat untuk memperoleh untung!!
4. Kemudahan pajakan – Kalau kita sebut emas Public Gold, rata-rata semua Ar-Rahnu menerima emas ini jika kita ingin memajaknya kerana ketulenan telah pun terbukti. Ada sesetengah Ar-Rahnu tidak menerima emas dari jenama lain. Jadi amatlah penting jika kita memeriksa dahulu emas yang kita ingin miliki. Takut-takut emas itu sukar dipajakkan sekiranya kita mahu menggunakan duit pada waktu-waktu genting.
5. Perkhidmatan User Friendly – Website Public Gold mempunyai pelbagai info-info yang penting dan mesra pengguna. Harga semasa emas sentiasa di update setiap 20minit setiap hari. Semua item jualan Public Gold ada di paparkan di website dan pelanggan boleh membuat belian melalui pembelian online juga. Jadi bagi saya ia amatlah memudahkan urusan saya kerana saya tidak perlu keluar pada waktu bekerja untuk membuat pembelian emas.
6. Stok – Stok emas di Public Gold tidak pernah putus walaupun ketika harga emas jatuh. Ada sesetengah jenama lain seperti Kijang Emas akan terputus bekalan ketika harga emas jatuh dan bekalan cuma ada ketika harga emas naik kembali. Amatlah rugi jika anda tidak semak perkara-perkara sebegini sebelum membeli.
7. Belian Balik PG – Seperti yang saya terangkan sebelum ini, spread di Public Gold sekitar 5% ke 8%. Dan jika seal emas itu rosak sekali pun, Public Gold akan beli kembali emas berkenaan dengan spread tidak lebih 10%. Ini bermakna Public Gold masih membeli balik emas itu dengan nilai yang tinggi kerana ada sesetengah kedai emas membeli emas seperti itu dengan kadar spread sehingga 25%. Kerana jika seal telah rosak, emas itu di kira sama seperti emas hiasan.
Monday, 11 July 2016
Kelebihan Memiliki Emas
Di sini saya akan kongsikan mengapa saya amat suka menyimpan emas fizikal. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:
1. Emas kalis inflasi
Pada awal 90an, jika kita membeli-belah di “Hypermarket” seperti Giant, 1 troli penuh anggaran yang kita perlu bayar adalah sekitar RM80 hingga RM100. Tapi sekarang, selepas kira-kira 26tahun, 1 troli penuh yang sama, kita perlu bayar sekitar RM250 hingga RM300. Peningkatan 300%. Inilah dinamakan inflasi, nilai yang sama tapi pada waktu yang berbeza kita tidak dapat jumlah yang sama. Kuasa duit makin berkurangan.
Manakala pada zaman Rasulullah, nilai kambing yang dijual pada waktu itu bernilai 1 dinar. Tapi pada zaman ini juga nilai seekor kambing sebanyak 1 dinar. Walaupun zaman sudah berubah, nilai emas masih sama. Kuasa membeli masih seperti dahulu.
2. Emas diterima di seluruh dunia
Jika anda melancong, adakah Ringgit kita diterima disana (selain di lapangan terbang)? Kebanyakkan negara tidak menerima Ringgit kita kerana duit kita bukan matawang utama seperti Dollar US ataupun Euro.
Jika kita mempunyai emas, kita masih boleh menggadaikan disana untuk mendapatkan duit. Ini disebabkan seluruh dunia menerima emas sebagai logam paling berharga.
3. Emas sentiasa bernilai
Sekiranya duit kertas RM100 anda dipotong 2, adakah ia bernilai RM50 setiap 1? Pastinya tidak bukan. Jika emas 1 dinar dipotong 2, emas itu masih bernilai setengah dinar. Ini menunjukkan nilai emas itu sentiasa ada kerana nilai emas terletak pada berat dan ketulenan.
4. Pulangan tahunan yang tinggi
Menyimpan emas tidak membuatkan anda menjadi kaya. Jika menyimpan emas boleh menjadi kaya pasti pada zaman ini dengan 1 dinar kita boleh membeli 2 atau 3 ekor kambing!! Tetapi menyimpan emas boleh memberikan pulangan sebanyak 20% setahun. Pulangan yang tinggi bukanlah disebabkan oleh harga emas yang meningkat, ia disebabkan oleh kuasa duit yang makin menurun dan lemah disebabkan inflasi.
5. Emas sebagai insurans harta
Emas boleh disifatkan sebagai salah satu harta selain daripada tanah ataupun rumah. Emas amat sesuai dijadikan harta bermodal kecil kerana anda masih boleh memperolehinya dengan berat minimum 0.5g di Public Gold dan mudah untuk dibahagi. Selain itu, emas juga boleh digunakan pada saat-saat genting sekiranya kita tidak punya wang.
6. Emas mengelak kebocoran wang
Emas mempunyai 1 psikologi yang penting berbanding wang. Untuk sesetengah orang, sekiranya ada wang di wallet, secara semula jadinya meluap-luap nafsu kita untuk berbelanja. Ia tidak terjadi sekiranya kita mempunyai emas kerana emas secara psikologi membuatkan kita terasa ingin menyimpan disebabkan nilainya yang tinggi.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pelaburan emas, anda boleh hubungi saya secara terus mahupun melalui wasap/ telegram di nombor 019-3642579.
Razmi Abdull Razak
Public Gold Authorized Dealer
PG050869
Subscribe to:
Posts (Atom)