Popular Posts

Tuesday 16 August 2016

Jual-Beli Emas/Perak Patuh Syariah

Urusan jual beli emas dan perak antara urusan yang paling mudah untuk bersangkut dengan riba'. Sebagai umat Islam, kita perlu menjauhi daripada unsur ini bagi memastikan harta yang diperolehi bersih.

Saya bukanlah pakar dalam urusan jual beli Islam tapi saya cuba untuk berkongsi mengenai jual beli emas-perak yang patuh syariah supaya kita sama-sama dapat menjauhi amalan riba’. Syarat-syarat jual belinya seperti dibawah:

1. Emas-Perak Perlu Ada:
Secara fizikalnya barang dagangan (emas-perak) perlu ada dalam jual beli. Jika emas yang ada cuma 10g, bermakna peniaga boleh menjual hanya 10g. Tidak boleh menjual 11g dengan 1g diberi di hari yang lain.

2. Pembayaran Secara Tunai:
Pembayaran atas emas/perak perlu dilakukan secara tunai dan segera. Kita boleh "lock" harga tetapi pembayaran perlu dilakukan dengan segera sebelum berlaku perubahan pada harga jualan.

3. Pemindahan Barangan Dagangan Secara Fizikal:
Selepas pembelian dilakukan, barang dagangan (emas/perak) perlu bertukar tangan/pemilikan dari penjual ke pembeli secara fizikal.

4. Akad Jual Beli
Perlu ada akad jual beli dalam Islam. Akad ini perlu dilafazkan sejurus setelah melakukan jualan/belian.

5. Suka sama Suka
Dalam Islam tiada istilah "Customer Always Right". Di dalam Islam, penjual dan pembeli perlu sama-sama berpuas hati. Ini bermakna "Win-Win Situation" perlu dipraktikkan.

Jika anda ada pertanyaan ataupun memerlukan nasihat mengenai pelaburan, anda boleh call/whatsapps:
☎019-3642579
☎019-3642579

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

Wednesday 10 August 2016

Pos Malaysia dan Public Gold

Antara perkara penting untuk memulakan pelaburan adalah pemilihan syarikat berpotensi. Latar belakang syarikat yang kukuh adalah penting untuk memastikan pelaburan kita menjana untung seperti diharapkan dan kita tidak ditipu oleh mana-mana pihak.

Untuk kes yang terbaru, ada syarikat yang mengadakan program pelaburan dinardirham yang menyatakan emas sebagai simpanan atau komoditi dan “bitcoin” sebagai matawang. Program ini diketuai oleh pihak yang dikenali sebagai Hj. Wafa atau nama sebenarnya En. Razaimie. Adakah skim ini betul? Ia sebenarnya terpulang pada penilaian anda. Tetapi bagi saya, ini adalah “Scam” atau penipuan terbaru. Kenapa? Kerana, walau apa pun alasannya, kenapa perlu kita menukar identiti untuk menarik orang melabur? Dan kenapa kita perlu menggalakkan orang ramai untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM100k?

Sebelum melabur, kita perlulah menganalisa kewangan sendiri dan kaji pengurusan hutang. Pelaburan haruslah dilakukan atas duit lebihan setiap bulan selepas penolakan hutang dan komitmen bulanan yang lain. Tidak perlu kita menambah hutang semata-mata untuk melabur.

Untuk emas, saya menggalakkan orang ramai untuk memilih Public Gold sebagai tempat melabur kerana PG merupakan syarikat yang memiliki latar belakang yang kukuh dan memiliki banyak cawangan seluruh Malaysia. Disebabkan ini, Pos Malaysia juga menjalinkan kerjasama dengan PG. Jika Pos Malaysia yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan pun yakin dengan PG, kenapa kita perlu meraguinya?

Jika anda tidak tahu, Pos Malaysia memulakan kerjasama pada awalnya melalui Pos Ar-Rahnu. Pada permulaan, Pos Ar-Rahnu hanya menerima emas Public Gold sama seperti emas yang lain. Lama kelamaan, Pos Ar-Rahnu mula menjual koleksi emas-emas Public Gold 0.5g, 1g dan 5g. Sekarang Pos Malaysia melangkah lagi setapak ke hadapan dengan memperkenalkan emas Public Gold edisi Pos Malaysia.

Ini cukup membuktikan PG adalah antara tempat terbaik jika anda mahu mulakan pelaburan emas. Dengan kelebihan-kelebiham PG yang pernah saya kongsikan dahulu, saya pasti anda semua tidak perlu meragui atau risau akan pelaburan yang telah dilakukan

Jika anda memerlukan bantuan atau nasihat berkenaan dengan pelaburan emas boleh call/whatsapps:
☎019-3642579
☎019-3642579

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

#celikkewangan #celikkewanganinvestment #publicgold #dealershahalam #gold #emas

Sunday 7 August 2016

Tips Menyimpan Emas

Ramai antara kita risau untuk melabur dalam emas kerana takut untuk menyimpannya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana kita menyimpan telefon bimbit atau komputer riba?

Semasa makan di restoran, kita boleh meletakkan telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit di atas meja. Pernahkah kita terfikir dan cuba ramal apakah perasaan kita jika kita melakukan perkara yang sama tapi menggantikan telefon bimbit tadi dengan emas 4 dinar? Pasti tidak sedap hati bukan? Ini menunjukkan walaupun harganya sama tetapi emas lebih bernilai di hati kita. Jadi persoalannya bagaimana mahu menyimpannya?

Saya akan berikan beberapa cadangan seperti dibawah:

1. Rumah

Berdasarkan pada pengalaman, emas boleh disimpan dirumah kita sendiri. Tidak perlu peti besi dan sebagainya. Emas itu perlulah di simpan di satu atau dua tempat sahaja. Kerana jika simpan di banyak tempat, risau kita akan terlupa nanti. Tempat simpanan itu mestilah bukan tempat tumpuan bagi pencuri seperti di dalam “casing” penyaman udara, disebalik pasir akuarium, belakang atau bawah peti sejuk dan lain-lain.

Syarat utama jika kita menyimpan emas di rumah ialah kita perlu memberitahu waris kita samada suami atau isteri. Takut-takut semasa mengemas rumah ade yang membuang bekas yang kita menyimpan emas didalamnya. Jika rumah kita mempunyai kawalan keselamatan yang bagus seperti ada pengawal keselamatan, adalah lebih baik kita menyimpan di rumah sahaja.

2. Pejabat

Pejabat juga adalah antara tempat yang selamat jika ia dilengkapi pengawal keselamatan dan mempunyai CCTV. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu berhabis duit untuk memasang kelengkapan sebegitu dirumah kita. Tempat yang dipilih juga perlu betul. Jangan simpan di tempat-tempat yang mudah diperhati oleh orang lain dan pertimbang kadar kecurian di pejabat anda. Jika tidak pernah ada kes kecurian, mungkin selamat untuk anda simpan di sana.

3. “Safe Deposit Box”

Ini adalah kaedah yang memerlukan anda mengeluarkan modal sedikit tapi ia pastinya membuatkan tidur anda nyenyak. Terdapat banyak “Safe Deposit Box” sekarang ini dan banyak pilihan peti simpanan yang disediakan. Antara kebaikan simpan disini ialah mereka memberi jaminan perlindungan insurans ratusan ribu ringgit, waktu operasi setiap hari dan beroperasi hingga lewat malam. Cuma kita perlu berjaga-jaga dalam penjagaan kunci kerana kunci peti itu tiada pendua dan kunci yang disediakan juga “special”. Ia memerlukan kos yang tinggi sehingga rm600++ untuk membukanya jika terpaksa memecahkan peti terbabit.

Saturday 6 August 2016

Sejarah Mata Wang Dunia

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khalifah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas. Dollar Amerika adalah wang kertas pertama yang dihasilkan di dunia; 35Dollar = 1oz Emas.

Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank.

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan,International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun–duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980).Keadaan ini pasti akan berulang. Krisisekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.

Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

Friday 5 August 2016

Pelaburan Emas Dan Unit Trust

Pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang sentiasa menjanjikan untung. Jika ada, itu mungkin bukan pelaburan, tetapi lebih kepada MLM, Scam dan sebagainya.

Ada orang kata Unit Trust bagus, boleh memberikan dividen lebih tinggi daripada ASB. Dan saya pula kata pelaburan emas juga bagus kerana kenaikan nilai emas itu sendiri boleh mencecah 20% setahun. Jadi mana satu yang lebih baik sebenarnya?

Dalam pelaburan tiada istilah pelaburan tidak baik. Semua OK jika kita memilih yang patuh syariah dan kita sendiri mempraktikkan apa yang Islam tuntut. Dalam pelaburan kita tidak boleh terlalu taksub pada 1 medium. Kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan  kita. Tidak semestinya pelaburan emas sentiasa tinggi pulangannya.

Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2015, ada 2 tahun yang harga emas susut tapi kembali naik pada tahun seterusnya. Sama seperti Unit Trust, memang benar ada kaunter-kaunter yang boleh memberikan dividen setinggi 10% hingga 20%. Tapi ia tidak akan sentiasa berada pada tahap itu. Ada juga kaunter yg memberikan pulangan 20% pada tahun ini tapi pada tahun hadapan hanya memberikan pulangan sebanyak 3%. Disebabkan ketidak tentuan inilah kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan kita.

Disini saya akan kongsikan serba sedikit tentang perbezaan antara pelaburan emas dan Unit Trust. Harap dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca blog ini:

1. Liquidity

Liquidity” dalam pelaburan bermaksud tahap kecairan atau perubahan sesuatu pelaburan kepada wang. Ini bermaksud pelaburan yang lebih mudah untuk memperoleh wang, ia lebih “liquid”.

Kalau kita bandingkan antara emas fizikal dan Unit Trust, sudah tentu Unit Trust lebih “liquid” berbanding emas fizikal. Jika kita menyimpan di dalam GAP, “Liquidity” pelaburan emas adalah sama seperti Unit Trust kerana kita boleh sahaja menjualnya “on the spot” untuk memperoleh wang. Tetapi lebih “liquid” tidak bermakna ia lebih bagus. Ia bergantung pada strategi pelaburan anda. Ada pelabur yang kurang menyukai “liquidity” yang tinggi kerana kebocoran wang boleh berlaku.

2. Tempoh Pelaburan

Tempoh pelaburan akan menentukan status samada ia adalah jangka pendek, pertengahan atau jangka panjang. Untuk Unit Trust tempoh pelaburan kebiasaannya dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Ada juga yang mencadangkan 10 tahun. Itu bergantung kepada matlamat pelaburan anda. Selalunya tempoh pelaburan Unit Trust adalah di peringkat pertengahan.

Untuk emas pula ia bergantung kepada status pelaburan. Jika penyimpan emas, ia bersifat jangka panjang kerana stok-stok yang ada tidak akan dijual. Penyimpan emas hanya berminat untuk menambah stok emas mereka setiap bulan. Manakala bagi pelabur emas, ia boleh menjadi jangka pendek atau pertengahan. Kerana bagi pelabur yang penting adalah “spread” atau susut nilai. Jika susut nilai berjaya diatasi dan mula membuat untung, mereka akan mula menjual kembali apabila nilai emas itu telah mencapai matlamat keuntungan mereka. Kebiasaannya dalam tempoh 8 bulan ke setahun, susut nilai dapat diatasi dan keuntungan mula dijana pada tahun kedua dan seterusnya.

3. Perolehan Keuntungan

Keuntungan sesuatu pelaburan boleh diperoleh samada dari kenaikan harga atau dividen. Untuk Unit Trust, keuntungan diperoleh berdasarkan dividen. Jika anda ingin melabur didalam Unit Trust, melaburlah disyarikat yang memberikan dividen purata minimum sebanyak 10%. Antara pelaburan lain yang keuntungan berasaskan dividen adalah  ASB dan Deposit Tetap.

Emas pula menjana keuntungan berdasarkan kenaikan harga disebabkan nilai matawang yang lemah dan inflasi. Purata kenaikan harga bagi emas adalah sekitar 12%. Adakalanya boleh mencecah 20% hingga 30%. Akan tetapi harga emas juga boleh menurun hingga -10% hingga -25%. Ketika harga jatuh ini, pelabur atau penyimpan emas digalakkan menambahkan simpanan kerana jika harga naik semula pasti ia akan memberikan untung berganda.

4. Pengurusan Risiko

Dalam Unit Trust dan saham amanah, Fund Manager akan mewakili kita untuk memilih syarikat berpotensi untuk melabur. Adalah penting untuk kita mengetahui latar belakang Fund Manager. Adakah anda tidak risau jika anda membiarkan Fund Manager yang kurang berkaliber melakukan pelaburan anda? Jangan disebabkan dia rakan anda anda memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Kelak anda juga yang menyesal.

Manakala untuk pelaburan emas, kita berkuasa penuh terhadap pelaburan sendiri. Jual dan beli semua risiko dibahu kita. Adakah ini bagus? Ia bagus jika kita berilmu. Kita perlu tahu bila nak beli, jenis emas apa mahu dibeli, bentuk apa mahu dibeli dan bila perlu menjualnya serta bagaimana mahu menggandakannya.

》》Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan nasihat, call/ whatsapps di nombor 019-3642579.

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com