Popular Posts

Sunday 7 August 2016

Tips Menyimpan Emas

Ramai antara kita risau untuk melabur dalam emas kerana takut untuk menyimpannya. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana kita menyimpan telefon bimbit atau komputer riba?

Semasa makan di restoran, kita boleh meletakkan telefon bimbit yang berharga ribuan ringgit di atas meja. Pernahkah kita terfikir dan cuba ramal apakah perasaan kita jika kita melakukan perkara yang sama tapi menggantikan telefon bimbit tadi dengan emas 4 dinar? Pasti tidak sedap hati bukan? Ini menunjukkan walaupun harganya sama tetapi emas lebih bernilai di hati kita. Jadi persoalannya bagaimana mahu menyimpannya?

Saya akan berikan beberapa cadangan seperti dibawah:

1. Rumah

Berdasarkan pada pengalaman, emas boleh disimpan dirumah kita sendiri. Tidak perlu peti besi dan sebagainya. Emas itu perlulah di simpan di satu atau dua tempat sahaja. Kerana jika simpan di banyak tempat, risau kita akan terlupa nanti. Tempat simpanan itu mestilah bukan tempat tumpuan bagi pencuri seperti di dalam “casing” penyaman udara, disebalik pasir akuarium, belakang atau bawah peti sejuk dan lain-lain.

Syarat utama jika kita menyimpan emas di rumah ialah kita perlu memberitahu waris kita samada suami atau isteri. Takut-takut semasa mengemas rumah ade yang membuang bekas yang kita menyimpan emas didalamnya. Jika rumah kita mempunyai kawalan keselamatan yang bagus seperti ada pengawal keselamatan, adalah lebih baik kita menyimpan di rumah sahaja.

2. Pejabat

Pejabat juga adalah antara tempat yang selamat jika ia dilengkapi pengawal keselamatan dan mempunyai CCTV. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu berhabis duit untuk memasang kelengkapan sebegitu dirumah kita. Tempat yang dipilih juga perlu betul. Jangan simpan di tempat-tempat yang mudah diperhati oleh orang lain dan pertimbang kadar kecurian di pejabat anda. Jika tidak pernah ada kes kecurian, mungkin selamat untuk anda simpan di sana.

3. “Safe Deposit Box”

Ini adalah kaedah yang memerlukan anda mengeluarkan modal sedikit tapi ia pastinya membuatkan tidur anda nyenyak. Terdapat banyak “Safe Deposit Box” sekarang ini dan banyak pilihan peti simpanan yang disediakan. Antara kebaikan simpan disini ialah mereka memberi jaminan perlindungan insurans ratusan ribu ringgit, waktu operasi setiap hari dan beroperasi hingga lewat malam. Cuma kita perlu berjaga-jaga dalam penjagaan kunci kerana kunci peti itu tiada pendua dan kunci yang disediakan juga “special”. Ia memerlukan kos yang tinggi sehingga rm600++ untuk membukanya jika terpaksa memecahkan peti terbabit.

No comments:

Post a Comment