Popular Posts

Friday 5 August 2016

Pelaburan Emas Dan Unit Trust

Pelaburan adalah instrumen untuk menggandakan wang. Seperti berniaga, untung rugi adalah perkara biasa dalam pelaburan. Tiada pelaburan yang sentiasa menjanjikan untung. Jika ada, itu mungkin bukan pelaburan, tetapi lebih kepada MLM, Scam dan sebagainya.

Ada orang kata Unit Trust bagus, boleh memberikan dividen lebih tinggi daripada ASB. Dan saya pula kata pelaburan emas juga bagus kerana kenaikan nilai emas itu sendiri boleh mencecah 20% setahun. Jadi mana satu yang lebih baik sebenarnya?

Dalam pelaburan tiada istilah pelaburan tidak baik. Semua OK jika kita memilih yang patuh syariah dan kita sendiri mempraktikkan apa yang Islam tuntut. Dalam pelaburan kita tidak boleh terlalu taksub pada 1 medium. Kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan  kita. Tidak semestinya pelaburan emas sentiasa tinggi pulangannya.

Dalam tempoh tahun 2000 hingga 2015, ada 2 tahun yang harga emas susut tapi kembali naik pada tahun seterusnya. Sama seperti Unit Trust, memang benar ada kaunter-kaunter yang boleh memberikan dividen setinggi 10% hingga 20%. Tapi ia tidak akan sentiasa berada pada tahap itu. Ada juga kaunter yg memberikan pulangan 20% pada tahun ini tapi pada tahun hadapan hanya memberikan pulangan sebanyak 3%. Disebabkan ketidak tentuan inilah kita perlu bahagi-bahagikan portfolio pelaburan kita.

Disini saya akan kongsikan serba sedikit tentang perbezaan antara pelaburan emas dan Unit Trust. Harap dapat dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca blog ini:

1. Liquidity

Liquidity” dalam pelaburan bermaksud tahap kecairan atau perubahan sesuatu pelaburan kepada wang. Ini bermaksud pelaburan yang lebih mudah untuk memperoleh wang, ia lebih “liquid”.

Kalau kita bandingkan antara emas fizikal dan Unit Trust, sudah tentu Unit Trust lebih “liquid” berbanding emas fizikal. Jika kita menyimpan di dalam GAP, “Liquidity” pelaburan emas adalah sama seperti Unit Trust kerana kita boleh sahaja menjualnya “on the spot” untuk memperoleh wang. Tetapi lebih “liquid” tidak bermakna ia lebih bagus. Ia bergantung pada strategi pelaburan anda. Ada pelabur yang kurang menyukai “liquidity” yang tinggi kerana kebocoran wang boleh berlaku.

2. Tempoh Pelaburan

Tempoh pelaburan akan menentukan status samada ia adalah jangka pendek, pertengahan atau jangka panjang. Untuk Unit Trust tempoh pelaburan kebiasaannya dalam tempoh 3 hingga 5 tahun. Ada juga yang mencadangkan 10 tahun. Itu bergantung kepada matlamat pelaburan anda. Selalunya tempoh pelaburan Unit Trust adalah di peringkat pertengahan.

Untuk emas pula ia bergantung kepada status pelaburan. Jika penyimpan emas, ia bersifat jangka panjang kerana stok-stok yang ada tidak akan dijual. Penyimpan emas hanya berminat untuk menambah stok emas mereka setiap bulan. Manakala bagi pelabur emas, ia boleh menjadi jangka pendek atau pertengahan. Kerana bagi pelabur yang penting adalah “spread” atau susut nilai. Jika susut nilai berjaya diatasi dan mula membuat untung, mereka akan mula menjual kembali apabila nilai emas itu telah mencapai matlamat keuntungan mereka. Kebiasaannya dalam tempoh 8 bulan ke setahun, susut nilai dapat diatasi dan keuntungan mula dijana pada tahun kedua dan seterusnya.

3. Perolehan Keuntungan

Keuntungan sesuatu pelaburan boleh diperoleh samada dari kenaikan harga atau dividen. Untuk Unit Trust, keuntungan diperoleh berdasarkan dividen. Jika anda ingin melabur didalam Unit Trust, melaburlah disyarikat yang memberikan dividen purata minimum sebanyak 10%. Antara pelaburan lain yang keuntungan berasaskan dividen adalah  ASB dan Deposit Tetap.

Emas pula menjana keuntungan berdasarkan kenaikan harga disebabkan nilai matawang yang lemah dan inflasi. Purata kenaikan harga bagi emas adalah sekitar 12%. Adakalanya boleh mencecah 20% hingga 30%. Akan tetapi harga emas juga boleh menurun hingga -10% hingga -25%. Ketika harga jatuh ini, pelabur atau penyimpan emas digalakkan menambahkan simpanan kerana jika harga naik semula pasti ia akan memberikan untung berganda.

4. Pengurusan Risiko

Dalam Unit Trust dan saham amanah, Fund Manager akan mewakili kita untuk memilih syarikat berpotensi untuk melabur. Adalah penting untuk kita mengetahui latar belakang Fund Manager. Adakah anda tidak risau jika anda membiarkan Fund Manager yang kurang berkaliber melakukan pelaburan anda? Jangan disebabkan dia rakan anda anda memberikan kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Kelak anda juga yang menyesal.

Manakala untuk pelaburan emas, kita berkuasa penuh terhadap pelaburan sendiri. Jual dan beli semua risiko dibahu kita. Adakah ini bagus? Ia bagus jika kita berilmu. Kita perlu tahu bila nak beli, jenis emas apa mahu dibeli, bentuk apa mahu dibeli dan bila perlu menjualnya serta bagaimana mahu menggandakannya.

》》Jika ada sebarang pertanyaan atau memerlukan nasihat, call/ whatsapps di nombor 019-3642579.

Public Gold Authorized Dealer
PG050869
celikkewanganinvestment.blogspot.com

No comments:

Post a Comment